Hidup tiga anak manusia, iaitu seorang
ibu yang sudah menjanda, bernama Mak Risah dengan dua anaknya yang sulung
perempuan bernama Long Ijun dan yang bungsu lelaki bernama Su Pisok. Mereka
hidup berkasih sayang dan sentiasa bertawakal menerima kadar yang serba
kekurangan sejak ditinggal pergi ayah mereka yang sudah lama tiada. Kesulitan
yang sentiasa menimpa membuat Mak Risah kadang-kadang putus asa. Lebih-lebih
lagi si Bungsu yang selalu menangis, sementara Long Ijun yang penyayang dan
selalu membantu ibunya serta merawat dan menjaga adiknya Su Pisok. Pada suatu
hari Mak Risah hendak pergi mencari telur tembakul di pantai dan kebetulan
banyak ikan tembakul dihari itu. Namun tidak ada yang bertelur, setelah
mencari-cari Mak Risah terlihat gembira melihat dua ekor ikan tembakul yang
berkejar-kejar dan mendapati telur pada ikan tembakul tersebut. Setelah
mendapat telur tembakul yang cukup maka pulanglah Mak Risah. Setelah balik ke
rumah, Mak Risah mendapati kayu api yang selalu di cari oleh Ijun dan Pisok telah
habis. Maka keluar lagi Mak Risah untuk mencari kayu api dan berpesan kepada
Ijun telur ikan tembakul itu telah di rebusnya, sekiranya telah masak nanti
mereka akan makan bersama. Pergi Mak Risah, bangun pula Pisok ingin makan sebab
dari tadi pagi lagi tidak menyusu dengan ibunya. Ijun tidak tahan melihat
adiknya yang tidak berhenti menangis disamping perutnya juga kelaparan maka
mereka pun memakan telur tersebut yang pada mulanya sedikit lama-lama habis di
makan semuanya tanpa meninggalkan sedikit pun untuk ibunya. Sekembalinya Mak
Risah dari mencari kayu api, dia berasa kecewa kerana melihat telur tembakul
yang di idamkan itu telah habis di makan oleh anaknya. Atas kekecewaan itu Mak
Risah pun pelahan-lahan keluar menuju ke tempat bayu ballah dan lama kelamaan
dia berlari kerana terlalu kecewa dan meminta batu ballah memakannya, long ijun
dan adiknya tidak sempat menyelamatkan ibunya.
No comments:
Post a Comment