Friday, 27 October 2017

PERBEZAAN FILEM DENGAN HIKAYAT



Dalam filem batu belah batu betangkup ini telah menceritakan bahawa setelah ibunya mendapat telur ikan tembakul yang di carinya, kemabalilah ibunya ke rumah dan menggoreng telur ikan tersebut dan berpesan dengan Melur supaya simpankan kan setengah dari telur ikan tembakul buat ibunya sementara ibunya pula ingin keluar untuk melawat kubur suaminya.

Dalam hikayat batu ballah batu betangkup pula menceritakan bahawa setelah ibunya Mak Risah kembali ke rumah dengan telur ikan tembakul tersebut dia mendapati kayu api yang selalu ijun dan pisok cari sudah habis maka Mak Risah merebus telur ikan tembakul tersebut dan memesan dengan ijun untuk tunggu dia baru makan bersama sementara Mak Risah pergi mencari kayu api di hutan.





Dalam filem batu belah batu betangkup menceritakan bahawa setelah ibunya kecewa atas anaknya melur yang telah membiarkan adiknya Pekan menghabiskan telur ikan tembakul tersebut, ibunya terus tidur dan tidak mahu makan. Tiba-tiba ibunya bermimpi ada suara dari batu belah memanggilnya dan ibunya pun keluar dan terus menuju ke tempat gua batu belah itu kerana terlalu kecewa dengan anak-anaknya.

Dalam hikayat batu ballah batu betangkup pula menceritakan setelah Mak Risah kecewa dengan anaknya Ijun dan Pisok kerana menghabiskan telur ikan tembakul tersebut, Mak Risah terus keluar rumah dan menuju ke tanjung batu ballah kerana terlalu kecewa.






No comments:

Post a Comment