Friday, 27 October 2017

PENGENALAN


  

MPU3123 - TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

                                    TAJUK KERJA KURSUS
HIKAYAT BATU BELAH BATU BETANGKUP

KUMPULAN
2

NAMA PENSYARAH
EN.OUMMAR NOR AMAN BIN OTHMAN

AHLI KUMPULAN
NAMA
NO MATRIK
NAMA SAMARAN
UMUR
HOBI
1.MOHAMMAD SYAKIRIN
I16301701
KIRIN
20
MENDENGAR LAGU
2.MOHD HAKIMI
I16301603
KIMI
21
MENYANYI/MEMASAK
3.ABDUL RAHMAN
I16301611
RAHMAN
24
TIDUR
4.MOHAMMAD ALIF SYAMIR
I16301632
SYAMIR 
20 
BOLA SEPAK DAN SEPAK TAKRAW 
5.MUHAMAD MUHAIMIN
I16301739
MATMIN
23
BERENANG
6.MUHAMAD LUKMAN
I16101213
LUKMAN
23
HIKING/FUTSAL

      
RUMUSAN FILM BATU BELAH BATU 

BETANGKUP 1959.


Mengisahkan tentang dua orang adik beradik melalui liku-liku kehidupan setelah kematian ayah dan ibunya yang dikaitkan dengan puaka dari Batu Belah Batu Betangkup. Disebuah desa, ada satu keluarga 4 beranak yang mana ayahnya seorang nelayan manakala ibunya pula seorang suri rumah. Ayahnya meninggal di dalam hutan akibat di timpa batang pokok ketika ingin mencari ikan tembakul yang mempunyai telurnya bagi memuaskan kehendak isterinya yang mengidamkan telur ikan tembakul tersebut. Setelah kematian ayahnya, segala tanggungjawab ayahnya dipikul oleh ibunya pula sehingga sebuah mimpi yang mengejutkan ibunya bahawa satu suara panggilan dari Batu Belah Batu Betangkup yang menginginkan satu nyawa lagi. Hari demi hari ibunya tidak berhenti mengidamkan telur ikan tembakul tersebut sehinggah lah suatu hari ibunya memperoleh telur ikan tembakul tersebut. Ibunya sangat gembira dan meminta Melur untuk menggorengkan telur ikan tersebut dan memberi pesan kepada Melur supaya tinggalkan sebahagian telur tersebut untuknya. Ketika ibunya tiada di rumah kerana pergi menziarahi pusara arwah suaminya, Pekan meronta-ronta menginginkan telur ikan tembakul milik ibunya tersebut dari Melur sehinggahlah Pekan berjaya menghabiskan telur ikan tersebut dan Melur yang menyaksikan peristiwa tersebut tidak mampu berbuat apa-apa. Ketika ibunya balik ke rumah untuk menikmati juadah yang sangat diidamkan, namun ibunya sungguh kecewa apabila tahu bahawa telur ikan itu suda habis di makan Pekan dan Melur yang dipersalahkan kerana tidak mampu menjaga adiknya. Ketika ibunya tidur, dia telah bermimpi panggilan Batu Belah Batu Betangkup, akibat termakan hasutan ibunya mengikut suara tersebut. Perkara tersebut di sedari oleh Melur dan Pekan lalu mengejar ibunya di dalam hutan. Namun ibunya tidak menghiraukan, sebelum tiba di pintu gua ibunya sempat meniggalkan semanggkuk susu untuk Pekan. Ibunya terus masuk ke dalam gua tersebut dan terus di telan oleh gua tersebut. Melur dan Pekan tidak sempat menyelamatkan ibunya, kini Melur dan Pekan hilang tempat bergantung. Ketika Melur dan Pekan tertidur di samping gua tersebut, roh ibunya telah memberitahu Melur untuk membawa diri ke tempat baru. Melur dan Pekan pun membawa diri sehinggah lah mereka berjumpa dengan seorang nenek tua yang di gelar Nenek Kebayan yang pandai membuat ubat herba. Mereka membesar dengan nenek kebayan dengan sihat dan selamat. Setelah beberapa tahun, Melur dan Pekan pun menginjak dewasa menjadi seorang yang cantik dan rupawan manakala Pekan pula seorang yang kacak dan mahir dalam menyabung ayam. Pada suatu hari ayam Pekan telah memasuki kawasan istana, Pekan pun menngekori ayamnya tanpa di sedari dia telah meneroboh kawasan larangan istana. Di sana, dia bertemu dengan Tuan Puteri dan sejak dari itu mereka menjadi mesra dan rapat. Suatu haru, Raja telah membuat satu pertandingan sabung ayam yang mana ayam sabungan Pekan telah berjaya menewaskan ayam sabungan milik Raja. Di pendekkan cerita Pekan dilantik sebagai Datuk Laksamana dan menyebabkan Datuk Setia Pahlawan cemburu. Sikap Pekan yang di senangi oleh Raja, Datuk Bendahara dan pegawai-pegawai membuat Datuk Setia Pahlawan semakin berang. Kali ini, dia merancang untuk menyihir Pekan dan Puteri semasa hari persandingannya, dan Pekan dan Puteri pun berjaya di sihir, namun Melur menyarankan kepada Raja, hanya penawar dari roh semangat ibunya mampu mengubati ilmu hitam tersebut. Roh ibunya berjaya menyembuhkan penyakit tersebut maka tamatlah sumpahan puaka gua Batu Belah Batu Betangkup. Tetapi, Datuk Setia Pahlawan ingin menghabiskan riyawat Pekan, mereka berdua pun beradu tenaga sehingga Datuk Setia Pahlawan berjaya dibunuhnya. Keadaan menjadi aman dan damai semula.






LATAR BELAKANG FILEM DAN PELAKON




LATAR BELAKANG MOVIE BATU BELAH BATU 

BERTANGKUP?


PENGARAH: JAMIL SULONG

PENERBIT: RUN RUN(MALAY FILM PRODUCTIONS LTD)

PENULIS: S.KADARISMAN DAN KEMAT

MUZIK OLEH: OSMAN AHMAD

SINEMATOGRAFI: HITAM PUTIH

DISUNTING OLEH: H.R NARAYANA HAYAT HARRIS

PENGEDAR: SHAW BROTHERS

MULA DITAYANGKAN: 1959

TEMPOH TAYANGAN: 100  MINIT

NEGARA: MALAYA(SINGAPURA DAN MALAYSIA)

PELAKON:  
    
·         AZIZ JAAFAR SEBAGAI PEKAN
·         ZAITON SEBAGAI MELUR
·         NENG YATIMAH SEBAGAI IBU PEKAN DAN MELUR
·         SALLEH KAMIL SEBAGAI DATUK SETIA PAHLAWAN
·         S.KADARISMAN SEBAGAI DATUK BENDAHARA
·         HAJI MAHADI SEBAGAI RAJA
·         BAD LATIF SEBAGAI PEKAN (KECIL)
·         HASNAH HASSAN SEBAGAI MELUR (KECIL)
·         SHARIFF DOLSEBAGAI DATUK TEMENGGONG
·         M.BABJAN SEBAGAI JIN
·        RAHMAH RAHMAT SEBAGAI PUTERI



RUMUSAN HIKAYAT BATU BELAH BATU BERTANGKUP



RUMUSAN HIKAYAT BATU BELAH BATU BERTANGKUP.

Hidup tiga anak manusia, iaitu seorang ibu yang sudah menjanda, bernama Mak Risah dengan dua anaknya yang sulung perempuan bernama Long Ijun dan yang bungsu lelaki bernama Su Pisok. Mereka hidup berkasih sayang dan sentiasa bertawakal menerima kadar yang serba kekurangan sejak ditinggal pergi ayah mereka yang sudah lama tiada. Kesulitan yang sentiasa menimpa membuat Mak Risah kadang-kadang putus asa. Lebih-lebih lagi si Bungsu yang selalu menangis, sementara Long Ijun yang penyayang dan selalu membantu ibunya serta merawat dan menjaga adiknya Su Pisok. Pada suatu hari Mak Risah hendak pergi mencari telur tembakul di pantai dan kebetulan banyak ikan tembakul dihari itu. Namun tidak ada yang bertelur, setelah mencari-cari Mak Risah terlihat gembira melihat dua ekor ikan tembakul yang berkejar-kejar dan mendapati telur pada ikan tembakul tersebut. Setelah mendapat telur tembakul yang cukup maka pulanglah Mak Risah. Setelah balik ke rumah, Mak Risah mendapati kayu api yang selalu di cari oleh Ijun dan Pisok telah habis. Maka keluar lagi Mak Risah untuk mencari kayu api dan berpesan kepada Ijun telur ikan tembakul itu telah di rebusnya, sekiranya telah masak nanti mereka akan makan bersama. Pergi Mak Risah, bangun pula Pisok ingin makan sebab dari tadi pagi lagi tidak menyusu dengan ibunya. Ijun tidak tahan melihat adiknya yang tidak berhenti menangis disamping perutnya juga kelaparan maka mereka pun memakan telur tersebut yang pada mulanya sedikit lama-lama habis di makan semuanya tanpa meninggalkan sedikit pun untuk ibunya. Sekembalinya Mak Risah dari mencari kayu api, dia berasa kecewa kerana melihat telur tembakul yang di idamkan itu telah habis di makan oleh anaknya. Atas kekecewaan itu Mak Risah pun pelahan-lahan keluar menuju ke tempat bayu ballah dan lama kelamaan dia berlari kerana terlalu kecewa dan meminta batu ballah memakannya, long ijun dan adiknya tidak sempat menyelamatkan ibunya.






PERBEZAAN FILEM DENGAN HIKAYAT



Dalam filem batu belah batu betangkup ini telah menceritakan bahawa setelah ibunya mendapat telur ikan tembakul yang di carinya, kemabalilah ibunya ke rumah dan menggoreng telur ikan tersebut dan berpesan dengan Melur supaya simpankan kan setengah dari telur ikan tembakul buat ibunya sementara ibunya pula ingin keluar untuk melawat kubur suaminya.

Dalam hikayat batu ballah batu betangkup pula menceritakan bahawa setelah ibunya Mak Risah kembali ke rumah dengan telur ikan tembakul tersebut dia mendapati kayu api yang selalu ijun dan pisok cari sudah habis maka Mak Risah merebus telur ikan tembakul tersebut dan memesan dengan ijun untuk tunggu dia baru makan bersama sementara Mak Risah pergi mencari kayu api di hutan.





Dalam filem batu belah batu betangkup menceritakan bahawa setelah ibunya kecewa atas anaknya melur yang telah membiarkan adiknya Pekan menghabiskan telur ikan tembakul tersebut, ibunya terus tidur dan tidak mahu makan. Tiba-tiba ibunya bermimpi ada suara dari batu belah memanggilnya dan ibunya pun keluar dan terus menuju ke tempat gua batu belah itu kerana terlalu kecewa dengan anak-anaknya.

Dalam hikayat batu ballah batu betangkup pula menceritakan setelah Mak Risah kecewa dengan anaknya Ijun dan Pisok kerana menghabiskan telur ikan tembakul tersebut, Mak Risah terus keluar rumah dan menuju ke tanjung batu ballah kerana terlalu kecewa.