MPU3123
- TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
TAJUK KERJA KURSUS
HIKAYAT BATU BELAH
BATU BETANGKUP
KUMPULAN
2
NAMA
PENSYARAH
EN.OUMMAR NOR AMAN
BIN OTHMAN
AHLI
KUMPULAN
NAMA
|
NO MATRIK
|
NAMA
SAMARAN
|
UMUR
|
HOBI
|
1.MOHAMMAD SYAKIRIN
|
I16301701
|
KIRIN
|
20
|
MENDENGAR
LAGU
|
2.MOHD HAKIMI
|
I16301603
|
KIMI
|
21
|
MENYANYI/MEMASAK
|
3.ABDUL RAHMAN
|
I16301611
|
RAHMAN
|
24
|
TIDUR
|
4.MOHAMMAD ALIF SYAMIR
|
I16301632
|
SYAMIR
|
20
|
BOLA SEPAK
DAN SEPAK TAKRAW
|
5.MUHAMAD MUHAIMIN
|
I16301739
|
MATMIN
|
23
|
BERENANG
|
6.MUHAMAD LUKMAN
|
I16101213
|
LUKMAN
|
23
|
HIKING/FUTSAL
|
RUMUSAN
FILM BATU BELAH BATU
BETANGKUP
1959.
Mengisahkan
tentang dua orang adik beradik melalui liku-liku kehidupan setelah kematian
ayah dan ibunya yang dikaitkan dengan puaka dari Batu Belah Batu Betangkup.
Disebuah desa, ada satu keluarga 4 beranak yang mana ayahnya seorang nelayan
manakala ibunya pula seorang suri rumah. Ayahnya meninggal di dalam hutan
akibat di timpa batang pokok ketika ingin mencari ikan tembakul yang mempunyai
telurnya bagi memuaskan kehendak isterinya yang mengidamkan telur ikan tembakul
tersebut. Setelah kematian ayahnya, segala tanggungjawab ayahnya dipikul oleh
ibunya pula sehingga sebuah mimpi yang mengejutkan ibunya bahawa satu suara
panggilan dari Batu Belah Batu Betangkup yang menginginkan satu nyawa lagi.
Hari demi hari ibunya tidak berhenti mengidamkan telur ikan tembakul tersebut
sehinggah lah suatu hari ibunya memperoleh telur ikan tembakul tersebut. Ibunya
sangat gembira dan meminta Melur untuk menggorengkan telur ikan tersebut dan
memberi pesan kepada Melur supaya tinggalkan sebahagian telur tersebut
untuknya. Ketika ibunya tiada di rumah kerana pergi menziarahi pusara arwah
suaminya, Pekan meronta-ronta menginginkan telur ikan tembakul milik ibunya
tersebut dari Melur sehinggahlah Pekan berjaya menghabiskan telur ikan tersebut
dan Melur yang menyaksikan peristiwa tersebut tidak mampu berbuat apa-apa.
Ketika ibunya balik ke rumah untuk menikmati juadah yang sangat diidamkan,
namun ibunya sungguh kecewa apabila tahu bahawa telur ikan itu suda habis di
makan Pekan dan Melur yang dipersalahkan kerana tidak mampu menjaga adiknya.
Ketika ibunya tidur, dia telah bermimpi panggilan Batu Belah Batu Betangkup,
akibat termakan hasutan ibunya mengikut suara tersebut. Perkara tersebut di
sedari oleh Melur dan Pekan lalu mengejar ibunya di dalam hutan. Namun ibunya
tidak menghiraukan, sebelum tiba di pintu gua ibunya sempat meniggalkan
semanggkuk susu untuk Pekan. Ibunya terus masuk ke dalam gua tersebut dan terus
di telan oleh gua tersebut. Melur dan Pekan tidak sempat menyelamatkan ibunya,
kini Melur dan Pekan hilang tempat bergantung. Ketika Melur dan Pekan tertidur
di samping gua tersebut, roh ibunya telah memberitahu Melur untuk membawa diri
ke tempat baru. Melur dan Pekan pun membawa diri sehinggah lah mereka berjumpa
dengan seorang nenek tua yang di gelar Nenek Kebayan yang pandai membuat ubat
herba. Mereka membesar dengan nenek kebayan dengan sihat dan selamat. Setelah
beberapa tahun, Melur dan Pekan pun menginjak dewasa menjadi seorang yang
cantik dan rupawan manakala Pekan pula seorang yang kacak dan mahir dalam
menyabung ayam. Pada suatu hari ayam Pekan telah memasuki kawasan istana, Pekan
pun menngekori ayamnya tanpa di sedari dia telah meneroboh kawasan larangan
istana. Di sana, dia bertemu dengan Tuan Puteri dan sejak dari itu mereka
menjadi mesra dan rapat. Suatu haru, Raja telah membuat satu pertandingan
sabung ayam yang mana ayam sabungan Pekan telah berjaya menewaskan ayam
sabungan milik Raja. Di pendekkan cerita Pekan dilantik sebagai Datuk Laksamana
dan menyebabkan Datuk Setia Pahlawan cemburu. Sikap Pekan yang di senangi oleh
Raja, Datuk Bendahara dan pegawai-pegawai membuat Datuk Setia Pahlawan semakin
berang. Kali ini, dia merancang untuk menyihir Pekan dan Puteri semasa hari
persandingannya, dan Pekan dan Puteri pun berjaya di sihir, namun Melur
menyarankan kepada Raja, hanya penawar dari roh semangat ibunya mampu mengubati
ilmu hitam tersebut. Roh ibunya berjaya menyembuhkan penyakit tersebut maka
tamatlah sumpahan puaka gua Batu Belah Batu Betangkup. Tetapi, Datuk Setia
Pahlawan ingin menghabiskan riyawat Pekan, mereka berdua pun beradu tenaga
sehingga Datuk Setia Pahlawan berjaya dibunuhnya. Keadaan menjadi aman dan
damai semula.